janganlah engkau berputus asa daripada Rahmat Allah ‘Azza wa Jalla
Wahai Orang Muda…
Wahai orang muda, janganlah engkau berputus asa daripada Rahmat Allah ‘Azza wa Jalla kerana kemaksiatan yang telah engkau lakukan.
Bersihkanlah kotoran dari pakaian agamamu dengan air taubat, dengan taubat yang istiqomah dan ikhlas. Kemudian, harumkanlah pakaian agamamu itu dengan (air wangi) ma‘rifah.
Berhati-hatilah engkau dengan kedudukanmu sekarang kerana ke arah mana pun engkau toleh, terdapat hewan-hewan yang buas sedang berada di sekeliling dirimu, dan pengaruh-pengaruh jahat yang merusak pula sedang bertindak ke atas dirimu. Lepaskanlah dirimu daripadanya dan kembalikanlah hatimu kepada al-Haqq ‘Azza wa Jall.
Syeikh Abdul Qodir Al-Jilany